Tuesday 17 July 2018

Babi Hutan


BABI HUTAN

Babi Hutan (bahasa Inggeris: Wild Boar) merupakan leluhur liar babi belaan yang jinak. Ia berasal dari hutan jarang di kebanyakan kawasan Eropah Tengah, Mediterranean (termasuk Banjaran Atlas dan Afrika Utara), serta di kebanyakan kawasan di Asia sehingga Indonesia di selatan. Babi hutan juga telah dibawa masuk ke banyak tempat yang lain. Ia tergolong dalam keluarga Suidae yang sama dengan Warthog dan Bushpig di afrika, Pygmy Hog di India dan babi rusa di Indonesia. Babi Hutan adalah lebih jauh hubungannya dengan peccary atau javelina yang didapati di kawasan barat daya Amerika Syarikat serta di seluruhAmerika Tengah dan Selatan. Nama saintifiknya Sus scrofa.

Hutan Babi boleh mencapai 440 Paun  (200 kilogram) dengan laporan lebih berat yang tidak disahkan) untuk babi jantan dewasa, dan sehingga 6 kaki (1.8 meter ) panjangnya. Jika terperanjat atau terkepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya.

Babi hutan pupus di Great Britain pada abad ke 17. tetapi babi-babi yang membiak di kawasan liar telah kembali ke sesetengah kawasan, khususnya di Weald. Selepas melarikan diri dari ladang peternakan babi hutan.

TABIAT
Babi Hutan hidup dalam kawanan yang terdiri daripada sekitar 20 ekor babi, tetapi kawanan-kawanan sebesar 50 ekor pernah juga dilihat. Dalam kawanan yang biasa, terdapat dua atau tiga ekor babi betina dan anak-anaknya; babi jantan dewasa biasanya tidak merupakan sebahagian kawanan di luar musim pembiakan dan seringnya didapati seekor sahaja. Kelahiran biasanya berlaku pada musim bunga. Satu kawanan babi hutan biasanya didapati lima ekor anak babi sahaja pada sesuatu masa, tetapi rekod pernah mencatatkan satu kawanan babi hutan  sebanyak  13 ekor pernah juga ditemui.
Babi Hutan adalah haiwan nokturnal umumnya, dan mencari makanan dari senja sehingga subuh, dengan tempoh-tempoh rehat pada kedua-dua waktu malam dan siang. Ini adalah kerana para pemburu paling giat pada waktu siang. Babi Hutan makan hampir semua barang yang ditemui, termasuk kacang, buah beri, akar, ubi, daging bangkai yang reput, sampah, serangga ,reptilia kecil, serta juga anak-anak rusa dan kambing.


SUBSPESIS
·        Sus scrofa scrofa - Afrika Utara, Eropah dan Asia
·        Sus scrofa ussuricus - Asia Utara dan Jepun
·        Sus scrofa cristatus - Asia Minor sehingga India
·       Sus scrofa vittatus - Asia Tenggara
·         Sus scrofa taiwanus - Taiwan.











Wednesday 11 July 2018

Biawak


BIAWAK
           
            Biawak dalam Bahasa inggeris Monitor lizard merupakan reptilian yang berdarah sejuk dan membiak secara bertelur.

            Terdapat 3 jenis biawak yang telah dikenalpasti setakat ini. Antaranya ialah:
·         Biawak Air
·         Biawak Kudung
·         Biawak Serunai



Biawak Air
Biawak Air (bahasa InggerisWater Monitor) atau nama saintifiknya Vavanus salvator

Biawak air, (Varanus salvator) adalah spesies besar biawak yang mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang, dengan saiz purata kebanyakan biawak matang sekitar 2.5 meter (8.9) panjang. Berat maksima Varanus salvator adalah lebih 90 kg, tetapi kebanyakannya adalah separuh saiz tersebut. Badannya berotot dengan ekor panjang, berkuasa, mampan secara melintang ("laterally"). Biawak air merupakan salah satu biawak yang biasa didapati di Asia, dan terdapat dari Sri LankaIndia, Indochina, Semenanjung Malaysia dan pelbagai pulau di Indonesia, hidup berhampiran dengan air.

Tabiat Pemakanan

            Biawak air mampu menjadi garang terutama sewaktu sedang makan. Biawak ini akan bertindak secara agresif dengan menggunakan ekor, mencakar dengan kuku, mengigit dengan rahang. Ia sangan handal dalam berenang didalam air. Biawak ini merupakan haiwan omnivor yang makan semua jenis makanan seperti ikan, katak, tikus, burung, ketam dan ular. Ia juga memakan binatang yang besar seperti penyu, anak buaya. Ia juga dikenali sebagai pembangkai kerana sifatnya yang menyukai bangkai untuk dijadikan makanan.

Habitat

            Di Hong Kong, ia merupakan spesis yang dilindungi di bawah Bab 170 Ordinan Perlindungan Haiwan Liar. Di Malaysia, spesis ini adalah haiwan liar yang biasa kita lihat kerana jumlahnya hampir separuh jumlah kera yang terdapat di Malaysia. Sungguhpun banyak jumlahnya, namun biawak ini sering menjadi mangsa jalan raya dan menjadi mangsa kepada haiwan lain. Biawak masih banyak terdapat di negeri pantai timur Malaysia seperti Terengganu dan Pahang. Di Thailand, biawak sering menjadi mangsa kepada penggemar makanan ekzotik di restoran-restoren haiwan ekzotik. Biawak sangat suka berada di kawasan yang berair kerana kawasan tersebut mudah untuk mendapatkan makanan seperti ikan dan lain-lain

Biawak Kudung

            Biawak kudung atau dalam bahasa inggerisnya Dumeril’s Monitor. Nama saintifiknya Varanus Dumeri. Ciri-ciri fizikalnya yang mempunyai ekor yang pendek berbanding biawak-biawak lain menyebabkan ianya dikenali sebagai biawak kudung


Biawak Serunai

Biawak Serunai (bahasa InggerisRoughneck monitor) ialah sejenis biawak  yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Varanus rudicollis

Biawak Serunai merupakan haiwan yang dilindung sepenuhnya dan tidak dibenarkan sama sekali untuk di eksport. Kebenaran khas perlu didapati daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk tujuan pemeliharaan bagi penyelidikan atau pameran seperti di Zoo.

Mereka yang didapati bersalah kerana cuba mengeksport Biawak Serunai ini dianggap melanggar Bilangan 76 Akta Perlindungan Haiwan Liar 1972, yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 68 akta berkenaan yang membawa hukuman denda RM3,000.00 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.









Katak

KATAK

            Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan keluarga Anura. Ciri-ciri  katak dewasa ialah berkaki belakang yang panjang, berbadan pendek, jari berselaput mata yang seakan-akan terkeluar dan tidak berekor. Katak boleh dikatakan haiwan yang mudah dan pantas bergerak dengan kebolehannya untuk melompat dan memanjat sesuatu dengan mudah. Katak membiak secara bertelur di dalam lopak-lopak air, kolam ataupun tasik yang airnya tidak mengalir. Daripada telur atau larva ianya menjalini beberapa proses tumbesaran seperti berudu dan akhirnya menjadi seekor katak.

KELUARGA ANURA

            Anura merupakan salah satu spesis yang terdapat didalam alam amfibia dan terbahagi kepada beberapa spesis. Antara spesis anura adalah:

·         Leiopelmatidae
·         Discoglossidae
·         Pipidae
·         Rhinophtynidae
·         Bufonidae
·         Leptodactylidae
·         Hylidae
·         Ranidae
·         Sooglossidae
·         Rhacophoridae
·         Microhylidae

            Katak wujud dalam pelbagai jenis dan kebanyakannya adalah pemangsa kepada serangga kecil. Katak juga dipercayai telah wujud dari 265 juta tahun dahulu dan telah berevolusi sehingga menjadi seperti yang dapat kita lihat sekarang.

            Terdapat 4800 spesis katak yang telah direkodkan setakat ini dan hasilnya menyumbang 85% keseluruhan spesis ini adalah amfibia, selebihnya masih belum diputuskan oleh pengkaji. Mereka juga merupakan salah satu dari lima spesis aturan vertebrata yang paling pelbagai dari segi bentuk fizikal.

HABITAT

            Spesis ini bertebaran di seluruh dunia sehingga seluruh manusia di dunia ini mengenali katak dengan panggilannya yang tersendiri. Katak mudah didapati di wilayah tropika yang mana cuaca di zon tropika merupakan panas dan lembab sepanjang tahun untuk membolehkan katak menyesuaikan diri dengan keadaan tropika.

            Katak biasanya bertelur didalam air, telur-telurnya akan menetas menjadi larva akuatik yang dipanggil berudu yang mempunyai ekor dan insang dalaman. Mereka memiliki bahagian mulut mengikis yang khusus bagi diet herbivor, maserba atau plankton.

JENIS-JENIS KATAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
·         Katak Pisang
·         Katak Puru
·         Katak Takang
·         Katak Wong