Tuesday 17 July 2018

Babi Hutan


BABI HUTAN

Babi Hutan (bahasa Inggeris: Wild Boar) merupakan leluhur liar babi belaan yang jinak. Ia berasal dari hutan jarang di kebanyakan kawasan Eropah Tengah, Mediterranean (termasuk Banjaran Atlas dan Afrika Utara), serta di kebanyakan kawasan di Asia sehingga Indonesia di selatan. Babi hutan juga telah dibawa masuk ke banyak tempat yang lain. Ia tergolong dalam keluarga Suidae yang sama dengan Warthog dan Bushpig di afrika, Pygmy Hog di India dan babi rusa di Indonesia. Babi Hutan adalah lebih jauh hubungannya dengan peccary atau javelina yang didapati di kawasan barat daya Amerika Syarikat serta di seluruhAmerika Tengah dan Selatan. Nama saintifiknya Sus scrofa.

Hutan Babi boleh mencapai 440 Paun  (200 kilogram) dengan laporan lebih berat yang tidak disahkan) untuk babi jantan dewasa, dan sehingga 6 kaki (1.8 meter ) panjangnya. Jika terperanjat atau terkepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya.

Babi hutan pupus di Great Britain pada abad ke 17. tetapi babi-babi yang membiak di kawasan liar telah kembali ke sesetengah kawasan, khususnya di Weald. Selepas melarikan diri dari ladang peternakan babi hutan.

TABIAT
Babi Hutan hidup dalam kawanan yang terdiri daripada sekitar 20 ekor babi, tetapi kawanan-kawanan sebesar 50 ekor pernah juga dilihat. Dalam kawanan yang biasa, terdapat dua atau tiga ekor babi betina dan anak-anaknya; babi jantan dewasa biasanya tidak merupakan sebahagian kawanan di luar musim pembiakan dan seringnya didapati seekor sahaja. Kelahiran biasanya berlaku pada musim bunga. Satu kawanan babi hutan biasanya didapati lima ekor anak babi sahaja pada sesuatu masa, tetapi rekod pernah mencatatkan satu kawanan babi hutan  sebanyak  13 ekor pernah juga ditemui.
Babi Hutan adalah haiwan nokturnal umumnya, dan mencari makanan dari senja sehingga subuh, dengan tempoh-tempoh rehat pada kedua-dua waktu malam dan siang. Ini adalah kerana para pemburu paling giat pada waktu siang. Babi Hutan makan hampir semua barang yang ditemui, termasuk kacang, buah beri, akar, ubi, daging bangkai yang reput, sampah, serangga ,reptilia kecil, serta juga anak-anak rusa dan kambing.


SUBSPESIS
·        Sus scrofa scrofa - Afrika Utara, Eropah dan Asia
·        Sus scrofa ussuricus - Asia Utara dan Jepun
·        Sus scrofa cristatus - Asia Minor sehingga India
·       Sus scrofa vittatus - Asia Tenggara
·         Sus scrofa taiwanus - Taiwan.











No comments:

Post a Comment