Wednesday 11 July 2018

Biawak


BIAWAK
           
            Biawak dalam Bahasa inggeris Monitor lizard merupakan reptilian yang berdarah sejuk dan membiak secara bertelur.

            Terdapat 3 jenis biawak yang telah dikenalpasti setakat ini. Antaranya ialah:
·         Biawak Air
·         Biawak Kudung
·         Biawak Serunai



Biawak Air
Biawak Air (bahasa InggerisWater Monitor) atau nama saintifiknya Vavanus salvator

Biawak air, (Varanus salvator) adalah spesies besar biawak yang mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang, dengan saiz purata kebanyakan biawak matang sekitar 2.5 meter (8.9) panjang. Berat maksima Varanus salvator adalah lebih 90 kg, tetapi kebanyakannya adalah separuh saiz tersebut. Badannya berotot dengan ekor panjang, berkuasa, mampan secara melintang ("laterally"). Biawak air merupakan salah satu biawak yang biasa didapati di Asia, dan terdapat dari Sri LankaIndia, Indochina, Semenanjung Malaysia dan pelbagai pulau di Indonesia, hidup berhampiran dengan air.

Tabiat Pemakanan

            Biawak air mampu menjadi garang terutama sewaktu sedang makan. Biawak ini akan bertindak secara agresif dengan menggunakan ekor, mencakar dengan kuku, mengigit dengan rahang. Ia sangan handal dalam berenang didalam air. Biawak ini merupakan haiwan omnivor yang makan semua jenis makanan seperti ikan, katak, tikus, burung, ketam dan ular. Ia juga memakan binatang yang besar seperti penyu, anak buaya. Ia juga dikenali sebagai pembangkai kerana sifatnya yang menyukai bangkai untuk dijadikan makanan.

Habitat

            Di Hong Kong, ia merupakan spesis yang dilindungi di bawah Bab 170 Ordinan Perlindungan Haiwan Liar. Di Malaysia, spesis ini adalah haiwan liar yang biasa kita lihat kerana jumlahnya hampir separuh jumlah kera yang terdapat di Malaysia. Sungguhpun banyak jumlahnya, namun biawak ini sering menjadi mangsa jalan raya dan menjadi mangsa kepada haiwan lain. Biawak masih banyak terdapat di negeri pantai timur Malaysia seperti Terengganu dan Pahang. Di Thailand, biawak sering menjadi mangsa kepada penggemar makanan ekzotik di restoran-restoren haiwan ekzotik. Biawak sangat suka berada di kawasan yang berair kerana kawasan tersebut mudah untuk mendapatkan makanan seperti ikan dan lain-lain

Biawak Kudung

            Biawak kudung atau dalam bahasa inggerisnya Dumeril’s Monitor. Nama saintifiknya Varanus Dumeri. Ciri-ciri fizikalnya yang mempunyai ekor yang pendek berbanding biawak-biawak lain menyebabkan ianya dikenali sebagai biawak kudung


Biawak Serunai

Biawak Serunai (bahasa InggerisRoughneck monitor) ialah sejenis biawak  yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Varanus rudicollis

Biawak Serunai merupakan haiwan yang dilindung sepenuhnya dan tidak dibenarkan sama sekali untuk di eksport. Kebenaran khas perlu didapati daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk tujuan pemeliharaan bagi penyelidikan atau pameran seperti di Zoo.

Mereka yang didapati bersalah kerana cuba mengeksport Biawak Serunai ini dianggap melanggar Bilangan 76 Akta Perlindungan Haiwan Liar 1972, yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 68 akta berkenaan yang membawa hukuman denda RM3,000.00 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.









1 comment:

  1. https://reptilinfo.blogspot.com/2021/04/philippine-sailfin-dragon-hydrosaurus.html

    ReplyDelete