KATAK
Katak ialah sejenis haiwan amfibia
dalam susunan keluarga Anura. Ciri-ciri
katak dewasa ialah berkaki belakang yang panjang, berbadan pendek, jari
berselaput mata yang seakan-akan terkeluar dan tidak berekor. Katak boleh
dikatakan haiwan yang mudah dan pantas bergerak dengan kebolehannya untuk
melompat dan memanjat sesuatu dengan mudah. Katak membiak secara bertelur di
dalam lopak-lopak air, kolam ataupun tasik yang airnya tidak mengalir. Daripada
telur atau larva ianya menjalini beberapa proses tumbesaran seperti berudu dan
akhirnya menjadi seekor katak.
KELUARGA ANURA
Anura merupakan salah satu spesis
yang terdapat didalam alam amfibia dan terbahagi kepada beberapa spesis. Antara
spesis anura adalah:
·
Leiopelmatidae
·
Discoglossidae
·
Pipidae
·
Rhinophtynidae
·
Bufonidae
·
Leptodactylidae
·
Hylidae
·
Ranidae
·
Sooglossidae
·
Rhacophoridae
·
Microhylidae
Katak wujud dalam pelbagai jenis dan
kebanyakannya adalah pemangsa kepada serangga kecil. Katak juga dipercayai
telah wujud dari 265 juta tahun dahulu dan telah berevolusi sehingga menjadi
seperti yang dapat kita lihat sekarang.
Terdapat 4800 spesis katak yang
telah direkodkan setakat ini dan hasilnya menyumbang 85% keseluruhan spesis ini
adalah amfibia, selebihnya masih belum diputuskan oleh pengkaji. Mereka juga
merupakan salah satu dari lima spesis aturan vertebrata yang paling pelbagai
dari segi bentuk fizikal.
HABITAT
Spesis ini bertebaran di seluruh
dunia sehingga seluruh manusia di dunia ini mengenali katak dengan panggilannya
yang tersendiri. Katak mudah didapati di wilayah tropika yang mana cuaca di zon
tropika merupakan panas dan lembab sepanjang tahun untuk membolehkan katak
menyesuaikan diri dengan keadaan tropika.
Katak biasanya bertelur didalam air,
telur-telurnya akan menetas menjadi larva akuatik yang dipanggil berudu yang
mempunyai ekor dan insang dalaman. Mereka memiliki bahagian mulut mengikis yang
khusus bagi diet herbivor, maserba atau plankton.
JENIS-JENIS KATAK YANG TERDAPAT DI
MALAYSIA
·
Katak Pisang
·
Katak Puru
·
Katak Takang
·
Katak Wong
No comments:
Post a Comment